POLIMAS E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 11 September 2008

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)

Pada tahun 1984, kementerian Pendidikan Malaysia telah berjaya mendirikan sebuah institusi pengajian tinggi iaitu Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam shah tetapi sebelumnya ia dikenali sebagai Politeknik Alor Setar. Penamaan politeknik ini dinamakan pada tahun 23 Mac 1989 dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sempena perasmian itu, nama baginda diambil untuk penamaan politeknik ini. Institusi pengajian ini berlokasi di Bandar Darulaman , Jitra, berukuran 25kilometer dari Alor Setar. Pada awal pembukaannya, kolompok pelajar pertama yang di ambil iaitu pada sesi julai 1984 dengan seramai 120 orang.

Kampus

Pada awalnya iaitu tahun 1984, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menumpang tempat pendidikannya di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar. Manakala penempatan kampus Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di daerah Kubang Pasu dengan keluasan kawasan 28 hektar. Kampus Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah mula digunakan pada tahun 14 Mac 1987.

Selangkah Kemajuan

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sememangnya mempunyai hasrat yang tinggi di dalam penubuhannya, hasrat yang dikejarkan kini telah menjadi kenyataan, hasrat POLIMAS ialah melatih pelajar – pelajar lepasan SPM atau SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. Pada masa kini, POLIMAS telah berjaya melahirkan para graduannya yang menjadi akar tunjang pada ekonomi negara.

Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Bandar Darulaman,
06000 Jitra,
Kedah.

Pegawai HEP(PD): 
En. Shahril bin Dahar
Tel : 04-9146100 
Fax: 04-9174232

http://www.polimas.edu.my/

Last Updated ( Thursday, 11 September 2008 )
 
< Prev   Next >

Login Form






Lost Password?
Register For Free now