|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 09 September 2008 |
|
Sistem pembelajaran di politeknik adalah sama dengan universiti tetapi yang berbezanya hanya pada praktikal. Pelajar yang berlajar di politeknik akan pergi ke latihan industri selama 6 bulan atau 1semester. Latihan industri bermaksud pelajar akan berkerja di dalam sektor pekerjaan sebagai pelatih. Dengan cara ini pelajar didedahkan terhadap alam pekerjaan dan mudah untuk pelajar ini menyesuaikan diri semasa mereka berkerja nanti. Pelajar yang mengambil peringkat sijil akan pergi ke latihan industri semasa di semester 3 dan pelajar yang mengambil peringkat diploma akan menjalani latihan industri semasa berada di semester 4. Di semester akhir pelajar politeknik akan membina atau mereka projek. Ini bermaksud mereka akan merangkumkan semua apa yang mereka belajar semasa di semester akhir. Oleh sebab itu pelajar politeknik lebih kretif dan inovatif.
|
|
Last Updated ( Tuesday, 09 September 2008 )
|