| Politeknik Kota Bharu |
|
| Written by Administrator | |
| Thursday, 11 September 2008 | |
|
Politeknik Kota Bharu Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan satu lagi institusi pengajian tinggi di negeri Kelantan. Institusi ini dinamakan Politeknik Kota Bharu. Politeknik Kota Bharu adalah politeknik yang dikatakan dikalangan politeknik yang awal penubuhannya. Politeknik Kota Bharu memulakan pendidikannya sejak tahun 1985, tetapi pendidikannya menumpang sementara di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Bunut Susu, Kelantan. Diatas kelulusan dan persetujuaan serta kerjasama di kalangan ramai pihak, Politeknik Kota Bharu telah Berjaya ditubuhkan pada tahun 1988, di kok Lanas Ketereh. Lokasi Politeknik Kota Bharu terletak daripada 24 kilometer dari bandar Kota Bharu dengannya. Ianya terletak di tengah – tengah diantara Kota Bharu dan Bandar Machang. Pada masa penubuhannya itu, enrolmen pelajar mendapat catatan yang baik dan mulai meningkat daripada iaitu seramai 400 orang dan staff pula seramai 44 orang , tetapi kini, seramai 5787 pelajar yang mendapat pendidikan di Politeknik Kota Bharu, dan staff akademik pula meningkat kepada 374 dan 74 staff bukan akademik. Kursus Pendidikan Politeknik Kota Bharu menyediakan pendidikan di peringkat sijil dan diploma. Politeknik Kota Bharu menyediakan program pendidikan yang tidak melebihi tujuh semesta bagi kursus sijil sahaja, manakala bagi kursus diploma selain daripada diploma integrasi , program pendidikannya tidak melebihi 11 semesta. Namun demikian, pihak Politeknik Kota Bharu juga menyediakan program pendidikan bagi kursus diploma integrasi dengan tidak melebihi tiga semester.
|
|
| Last Updated ( Thursday, 11 September 2008 ) |
| Next > |
|---|

