| Politeknik Kuching Sarawak |
|
| Written by Administrator | |
| Thursday, 11 September 2008 | |
|
Politeknik Kuching Sarawak (POLIKU) Pada tahun 1987, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan institusi pengajian tinggi di negeri Sarawak. Institusi ini dinamakan Politeknik Kuching Sarawak, dimana penamaannya adalah sama dengan ibu negeri Sarawak iaitu Kuching.Politeknik Kuching Sarawak adalah institusi pendidikan teknikal yang terawal di negeri Sarawak. Politeknik Kuching Sarawak ini mempunyai kawasan kampus yang agak besar iaitu kawasannya seluas 112 ekar. Kampus Politeknik Kuching Sarawak ini berlokasi kira – kira 23 kilometer daripada pusat Bandaraya Kuching Sarawak. Lokasi Politeknik Kuching Sarawak adalah sangat strategik untuk sistem pembelajaran kerana lokasinya yang berhampiran dengan Gunung Serapi, udaranya adalah sangat nyaman dan secara tidak langsung ketenangan suasananya dapat membentuk suatu sistem pembelajaran yang baik. Objektif POLIKU Objektif utama Politeknik Kuching Sarawak adalah memberi peluang latihan kepada para penuntut ilmu yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Latihannya berasaskan dalam bidang kejuruteraan , hasratnya ialah para lepasan graduannya menjadi pembantu teknik mahupun sebagai juruteknik separa mahir , pegawai eksekutif pertengahan dan separa professional di sector awam mahupun swasta. Penubuhan Politeknik Kuching Sarawak adalah bersaing dengan objektif untuk melahirkan serta membekalkan keperluan sumber tenaga pekerja yang terlatih dan menjadi pengasas penting untuk kemajuan ekonomi industry negara. Kursus Ditawarkan Pada tahun 1989, Politeknik Kuching Sarawak telahpun menawarkan lima kursus diperingkat sijil, tetapi pada masa sekarang Politeknik Kuching Sarawak adalah salah satu Politeknik di Malaysia yang banyak menawarkan kursus . kerana Politeknik Kuching Sarawak ini mempunyai keunikan iaitu mendapat kerjasama dengan PETRONAS iaitu syarikat petrokimia yang dikatakan tergolong dalam syarikat petrokimia yang terkaya serta berdaya maju dan saing di mata dunia. Kursus yang ditawarkan pada masa kini ialah, tujuh kursus di peringkat diploma dan manakala 14 kursus di peringkat sijil. Politeknik Kuching Sarawak Pegawai HEP(PD): |
|
| Last Updated ( Thursday, 11 September 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|

