Politeknik Ungku Omar E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 11 September 2008

Politeknik Ungku Omar

Pada tahun 1969, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan serta kerjasama yang diberikan oleh UNESCO telah berjaya mendirikan sebuah institusi pengajian tinggi Malaysia iaitu Politeknik Ungku Omar. Penamaan politeknik ini berasal daripada salah seorang Tokoh Profesor yang terkemuka di negara Malaysia iaitu, Allahyarham Dato' Profesor Ungku Omar Ahmad. Objektif penggunaan namanya adalah sebagai mengenang jasa di atas segala sumbangan ilmunya yang merangkumi ilmu penyelidikan perubatan. Pembinaan Politeknik Ungku Omar pada asalnya dengan keluasan 22.6 hektar sahaja, di jalan Raja Musa Mahadi tetapi yang dahulunya dikenali sebagai jalan Dairy , Ipoh.

Jabatan Pengajian

Politeknik Ungku Omar adalah salah satu politeknik di negara Malaysia yang menawarkan pelbagai Jabatan Pengajian. Jabatan – jabatan yang ditawarkan adalah di peringkat sijil dan diploma. Diantara Jabatan Pengajian yang ditubuhkan oleh pihak Politeknik Ungku Omar adalah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, dan Jabatan Pengajian Am dan akhir sekali jabatan yang tunggal iaitu jabatan yang hanya ada pada peringkat diploma sahaja, jabatan berkenaan adalah Jabatan Kejuruteraan Perkapalan.

Graduan

Politeknik Ungku Omar telah berjaya melahirkan graduan – graduan yang berkemahiran tinggi dan menjadi asas kepada sasaran menuju puncak kemajuan ekonomi di negara Malaysia. Politeknik Ungku Omar telah berjaya melahirkan para graduan dengan seramai 27,195 orang. Kejayaan sebesar ini adalah rekod yang telah dicatatkan pada jangka masa sekitar tahun 1999.


Politeknik Ungku Omar

Jalan Raja Musa Mahadi,
31400 Ipoh,
Perak.

Pegawai HEP(PD): 
En. Yahaya bin Haji Zakaria
Tel : 05-5457622
Fax: 05-5471162
http://www.puo.edu.my/

Last Updated ( Thursday, 11 September 2008 )
 
< Prev   Next >

Login Form






Lost Password?
Register For Free now